Monday, March 17, 2014

Koleksi Baju Kurung Peplum Terkini

Baju Kurung Peplum Pilihan Terkini Baju Raya. Trend yang paling popular dalam kalangan wanita terutama remaja pada masa kini ialah peplum, baju yang sekali pandang kelihatan seperti ala-ala pakaian biduanita terkenal negara, Allahyarhamah Saloma dengan cekak di bahagian pinggang dan kembang di bawahnya. Jika sebelum ini, baju kurung moden atau Pahang dan jubah menjadi pilihan, tahun ini jika dilihat kebanyakan butik menjual peplum kerana ia mendapat permintaan yang tinggi terutama dalam kalangan remaja wanita.

Baju Kurung Peplum

Peplum yang dijual terdiri daripada dua jenis iaitu peplum yang berharga kurang daripada RM150 dan yang berkualiti tinggi yang berharga daripada RM180 hingga RM300. Namun baju peplum ini hanya bersifat bermusim tidak seperti baju kurung tradisional yang tidak lekang dek zaman dan sesuai tidak kira remaja mahupun yang dewasa. Peplum ini wajib sebab ramai rakan saya juga membeli peplum untuk untuk dipakai Hari Raya Aidilfitri nanti, tetapi bagi saya peplum hanya sesuai untuk dipakai pada hari-hari tertentu dan majlis khas sahaja tidak seperti baju kurung yang sesuai dipakai tidak kira masa